SEJARAH SEKOLAH
SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah ini merupakan cetusan idea Tuan Haji Wan Salleh bin Wan Ahmad dan ia telah telah mendapat perhatian daripada penduduk sekitar Alor Biak. Setelah melalui beberapa perbincangan dibuat, masyarakat setempat telah bersetuju untuk mengadakan pengajian mengikut sistem pondok di mana sebuah bangunan kediaman Tuan Guru dijadikan sebagai pusat pengajian agama, sembahyang berjamaah serta aktiviti keagamaan yang lain. Semua kelas agama dikendalikan sendiri oleh Tuan Guru Hj. Wan Salleh bin Hj. Wan Ahmad.
Usaha pengajian telah ditingkatkan dari masa ke semasa dan pengajian berbentuk formal mula diperkenalkan apabila pusat pengajian ini didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pada tahun 1966 dengan menggunakan no pendaftaran R 199/66. Setelah itu sebuah bangunan dua tingkat merangkumi 6 buah kelas telah didirikan berikutan pertambahan pelajar ke sekolah ini. Usaha ini turut mendapat sokongan dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
Berikutan pertambahan bilangan pelajar pada ketika itu, sebuah lagi bangunan 1 tingkat didirikan pada tahun 1997. Bangunan tersebut telah diusahakan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj. Hanafi bin Ramli (Wakil Rakyat kawasan Tunjang) bersama penduduk kawasan sekitar. Selain itu, pejabat dan surau juga mempunyai biliknya sendiri di kawasan yang sama.

LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak, Air Hitam, Kedah merupakan salah sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Kedah Darulaman. Ia mula ditubuhkan sekitar tahun 60-an dengan nama asalnya Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiah, hasil kerja sepakat masyarakat, pemimpin-pemimpin tempatan dan ibu-bapa. Di atas daya usaha pemimpin-pemimpin tempatan seterusnya sekolah ini membangunkan dari semasa ke semasa dengan mendapat bantuan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK), Jabatan Zakat Negeri Kedah dan juga sumbangan dari orang perseorangan dari syarikat swasta.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Tuan Guru Hj. Wan Salleh bin Wan Ahmad iaitu pengasas dan mudir pertama sekolah ini telah menjelaskan bahawa tujuan utama penubuhan pusat pengajian ini ialah bagi membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam dan Bahasa Arab di suatu institusi secara khusus :
Antara objektif lain penubuhan SMA Hidayah ini ialah :
a) Sebagai pusat pengajian ilmu ukhrawi berdasarkan tuntutan syariat.
b) Membina generasi yang boleh membaca, menghayati, memahami dan mengamalkan kandungan Al-Quran dan Hadis.
c) Membina generasi yang berakhlak mulia, berhemah tinggi, berilmu, beriman dan bertakwa.
d) Menjadi institusi pendidikan agama sebagai nadi penggerak masyarakat bagi memastikan survival pendidikan agama merentasi era cabaran masa kini.
e) Membina generasi yang mampu menangkis anasir-anasir luar yang tidak diingini.
f) Membina perpaduan dan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat setempat.
g) Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri serta memahami peranan diri sebagai pendakwah Islam dalam semua bidang.

PENGASAS SEKOLAH
Pengasas SMA Hidayah Islamiah ini ialah Tuan Guru Hj.Wan Salleh bin Hj.Wan Ahmad dilahirkan sekitar tahun 1930-an di kampung Gelung Rambai Tunjang,Jitra,Kedah.Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu berhampiran seterusnya merantau ke Mekah al-Mukarramah menuntut ilmu-ilmu agama.
Setelah kembali ke tanahair beliau mencari tapak pengajian Islam untuk mengajar ilmu-ilmu agama yang dipelajarinya ketika di Mekah.Setelah beberapa lama mencari akhirnya beliau telah membuka sebuah pondok pengajian di Alor Biak dengan mengajar ilmu-ilmu seperti Tauhid, Fekah, Quran, Hadis Akhlak dan sebagainya.
Antara individu yang terlibat dalam membangunkan sekolah ini ialah :
i) Hj.Hanafi b.Ramli (Wakil Rakyat kawasan Tunjang)
ii) Hj.Hassan b.Saad ( Imam Alor Biak )
iii) Hj.Mohd Zaki b.Shafie (Jurutera)
iv) Ustaz Mohd Zamri b.Jusoh (bekas mudir SMA Hidayah)
v) Ustaz Mohd Asri b.Ahmad
vi) Ustaz Hj.Md.Khir
vii) Ustaz Salleh bin Husain
viii) Ustaz Mohamad bin Shafie
Disamping itu penduduk kampung sekitar Alor Biak ini juga turut terlibat dalam usaha membangunkan sekolah ini masa kini.