USTAZ HAJI MAHIR BIN MOHAMAD
Tuan Haji Mahir bin Mohamad yang berasal dari Alor Setar, Kedah lahir pada tanggal 25 April 1969.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar dari tahun 1976 hingga 1981.
Pendidikan menengah beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor, Pulau Pinang
dari tahun 1982 hingga tahun 1984 manakala pada tahun 1985, beliau telah berpindah ke Sekolah
Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sehingga tahun 1986. Pada tahun 1987,
beliau telah melanjutkan pendidikan beliau ke peringkat pengajian tinggi di Akademi Islam,
Universiti Malaya, Nilam Puri di Kelantan hingga tahun 1988. Pada tahun 1989, beliau telah
melanjutkan lagi pengajian tinggi di Akademi Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan tamat belajar
pada tahun 1993. Beliau mula berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah pada tanggal
1 Disember 2014. Sebelum beliau berkhidmat di SMAHI, beliau telah berkhidmat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Sheikh Hj. Othman Abdul Wahab, Kuching, Sarawak pada tahun 1993 hingga tahun
1997. Selepas itu, beliau ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar, Kedah
sekitar tahun 1998 hingga 2004. Pada tahun 2004, beliau diberi kepercayaan untuk berkhidmat di Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Selama lebih kurang 10 tahun beliau menggalas tugas di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, beliau dilantik menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah. Harapan beliau sebagai Pengetua SMAHI, adalah dapat memimpin SMAHI untuk melahirkan ulama global yang dihormati dan terbilang. Seterusnya dapat bermuafakat agar lahirnya ulama global seiring dengan moto diri beliau iaitu “kerja ikhlas”