PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA HIDAYAH ISLAMIAH
Nama dan Alamat
1. Persatuan ini dikenal dengan nama: Persatuan Ibu Bapa - Guru Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah.
2. Alamat yang difatarkan bagi Persatuan ini ialah:
SMA HIDAYAH ISLAMIAH
Batu 10, Alor Biak, Sungai Korok Changlih
06150 Jitra Kedah.
Tujuan-tujuan Persatuan
3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolahberunding antara satu sama lain dengan memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelanjaran.
Fungi Persatuan
4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah:
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan.